Jejak Rindu
Cerita ini tentang lagu, kenangan dan doa yang bersatu dalam satu malam yang sunyi.
Ikuti jejak rindu Musholmah, dan rasai bagaimana melepaskan kadang lebih indah daripada memegang erat.
“Jijah, kau tahu tak rindu ni macam kucing jalanan. Halau pun esok dia datang balik.”
Jijah yang tengah goreng ikan terus terkejut sampai senduk hampir jatuh ke lantai.
“Allahu Musholmah! Apa-apa pun beri salam dulu la. Aku ni manusia, bukan patung! Terkejut aku dibuatnya!”
Dia berleter sambil tangan masih kacau kuali.
“Kalau masuk pertandingan perumpamaan pelik, mesti dapat nombor sepuluh. Sembilan tempat pertama dah penuh dengan orang yang waras sikit.”
Musholmah tergelak kecil.
“Terkejut pun sempat lagi nak sindir aku ya.”
“Eh mestilah. Kalau tak menyindir, bukan aku la tu,” jawab Jijah sambil cuba menggaru belakang badan guna sudip panas.
“Hoi, janganlah guna sudip tu. Nanti belakang kau berbau ikan, orang ingat kau kerja kat pasar,” tegur Musholmah sambil tersenyum.
Musholmah pura-pura tarik muka.
“Eh sedap je kau cakap. Tapi seriuslah Jijah, aku penat. Rasa macam tunggu benda yang dah takkan balik.”
“Yang kau tunggu tu Musthopa kan,” balas Jijah sambil mengunyah cili.
“Lelaki yang janji nak kahwin lepas dapat kerja tetap, tapi sampai sekarang tetap pun tak tetap.”
Musholmah senyum kelat.
“Dia kata nak balik Raya Haji. Tapi tak pula dia sebut tahun berapa.”
Senja itu redup, macam hati yang dah lama tak kena cahaya.
Musholmah duduk di beranda, memandang langit yang lembut warnanya.
Di situ dulu Musthopa janji nak bina rumah tepi sawah, tanam pokok kelapa dua batang. Satu nama Rindu, satu nama Cinta.
Sekarang yang tinggal cuma pasu retak dan seekor kucing liar yang tak faham konsep privasi.
Malam itu Musholmah muat naik lagu Jejak Rindu yang dia download dari YouTube Kelibatmu.
Dalam hati dia bisik sendiri.
“Harap-harap tak kena claim dengan owner. Kalau kena, page aku shadow ban, habis rating engagement.”
Dia gelak kecil sambil tekan butang post.
Beberapa hari berlalu.
Cuma notifikasi like yang makin banyak.
Tak lama kemudian, mesej masuk dari nombor tak dikenali.
“Aku nampak lagu tu lalu kat timeline. Tajuk dia sama macam cerita kita dulu.”
Musholmah senyum lalu menaip perlahan.
“Kalau pun sama, maknanya cuma satu, aku dah belajar lepaskan.”
Hujan turun senyap.
Bau tanah basah bercampur sedikit aroma kumbahan Indah Water.
Jijah muncul bawa dua cawan kopi.
“Romantik betul suasana kau ni. Kalau Musthopa balik pun boleh pengsan sebab bau ni.”
Keesokan harinya, cuma Jijah dan dua tiga jiran terdekat datang menziarah Musholmah selepas dengar berita Musthopa meninggal dunia di perantauan.
Suasana tetap tenang, memberi ruang pada Musholmah menerima berita itu dengan hati yang perlahan-lahan reda.
Musholmah duduk lama di sisi tingkap sambil menggenggam telefon erat.
Air matanya jatuh perlahan tapi senyum tetap terukir.
“Rupanya Tuhan dengar doa aku. Cuma caranya tak seperti yang aku bayang.”
Angin malam menyapa lembut.
Kucing jalanan yang dulu dihalau pun masih datang, kini baring diam bawah meja.
Jejak rindu itu akhirnya pulang.
Bukan untuk tinggal.
Cuma untuk berpamitan dengan tenang.
Discussion
0 commentsNo comments yet. Start the conversation.