Emotional Healing

Luruh

Luruh
Aku luruh, dunia terus scroll.

“Oooo Mak... Saripuddin nak tanya neh, kenapa daun tu gugur?”

Saripuddin bertanya sambil memandang pokok ketapang depan rumah.

Mak Saripuddin jeling sekejap.

“Entah. Mungkin sebab dia stress tengok kau asyik termenung.”

Saripuddin terkejut kecil.

“Mak ni, daun pun kena sindir ke?”

Mak Saripuddin sambung lipat kain.

“Kalau daun pun boleh luruh sebab bosan, apatah lagi Jamilah.”

Saripuddin terus senyap.

Kena tepat batang hidung sendiri.

Jamilah dulu suka hujan.

Katanya hujan itu macam rahmat.

Tapi bagi Saripuddin, hujan cuma tempat dia sembunyi air mata.

Sejak Jamilah pergi tanpa pesan, hidup Saripuddin jadi macam video yang pause separuh jalan.

Orang lain terus main.

Saripuddin tersekat.

Farha datang hampir setiap petang, bawa kuih dan cerita kosong.

“Saripuddin, aku tengok hantaran kau tadi lima minit aku scroll balik atas sebab ingat line aku sangkut.”

Saripuddin cebik.

“Kenapa?”

“Takde satu pun orang like. Aku ingat Facebook kau kena banned sebab kesedihan melampau.”

Saripuddin tergelak kecil.

“Biarlah. Dunia terus scroll, Farha. Orang sibuk hidup, aku sibuk lupa.”

Farha cuba senyum tapi matanya jelas simpati.

Dia tahu Saripuddin belum lepas.

Belum reda.

Malam itu hujan turun.

Luruh satu demi satu daun di halaman.

Dalam bilik, Saripuddin buka balik folder lama.

Gambar Jamilah senyum di bawah payung, sehelai daun gugur atas bahunya.

“Jamilah… kalau aku boleh tahan musim, aku tahan semua ni untuk kau.”

Tapi musim tetap berubah.

Gambar tetap beku.

Saripuddin menangis perlahan.

Hanya kipas yang jadi saksi.

Beberapa minggu kemudian, Mak Saripuddin jatuh sakit.

Dalam sepi menunggu ubat di klinik, Farha datang lagi.

Kali ini tanpa kuih.

“Saripuddin, hidup ni bukan semua benda kena dapat perhatian. Kadang yang penting cuma kita masih rasa.”

Saripuddin tunduk.

“Aku cuma takut rasa tu hilang.”

Farha senyum senget.

“Kalau betul cinta, Saripuddin, dia takkan hilang. Dia cuma tukar bentuk.”

Hari Jamilah dikebumikan dulu, langit pun menangis.

Kini langit cerah, tapi Saripuddin masih menanggung hujan sendiri.

Namun kali ini, bila daun jatuh depan kaki, Saripuddin tunduk, kutip perlahan, dan simpan dalam buku nota.

Biar waktu runtuh di dahi, kenangan tetap tak mati.

Saripuddin menulis status baru.

“Aku luruh, dunia terus scroll. Tapi aku masih di sini, menghitung yang tak berhenti.”

Dan kali ini, walau masih tiada siapa tekan like…

Saripuddin tersenyum.

Kerana untuk pertama kali, Saripuddin rasa itu sudah cukup.

Discussion

0 comments
Write a comment
Write a reply

No comments yet. Start the conversation.

0:00
0:00
No track playing Select a song to begin
Install Kelibatmu app Android app
Install
No track playing
Select a song to begin
0:00
0:00

Add To Playlist

Save this memory into your collection

Loading playlists...